Saturday, April 17, 2010

KELAS PENGAJIAN TAHFIZ KANAK-KANAK DAN FARDHU AIN

PENGENALAN :

Masjid merupakan institusi penting bagi umat Islam dalam menyebarkan segala maklumat termasuklah ilmu pengetahuan dan lain—lain lagi. Justeru itu, Masjid As - Syujja’ah mengambil pendekatan dengan perkara tersebut untk mewujudkan Program Kelas Pengajian Tahfiz al-Quran dan Fardhu Ain Kanak-kanak.

Modul ini akan dikendalikan oleh guru-guru yang berkebolehan dari Persatuan Huffaz Negeri Melaka.


OBJEKTIF:
1. Melahirkan golongan kanak-kanak yang berkewibawaan dalam menghafaz al-Quran serta ilmu syariah yang berkaitan.

2. Membudayakan al-Quran dalam kehidupan pelajar.

3. Membentuk kanak-kanak yang mewarisi ilmu agama serta nilai-nilai akhlak yang mulia sejak kecil lagi.

4. Melatih dan mendidik kanak-kanak supaya menjadi generasi yang lebih maju dan berketerampilan dalam bidang yang pelbagai.


SASARAN:

Kanak-kanak berusia 7 tahun hingga 16 tahun yang mempunyai asas membaca al-Quran.

YURAN:

Pendaftaran - RM 20
Bulanan - RM 30

MODUL :

Tahap 1 : Hafazan al-Quran (Surah al-Fatihah hingga Surah ad-Dhuha)
Fardhu Ain (Feqah - Bab Bersuci, Syahadah,Berwudhu dan Amali Solat ;
Aqidah - Asas sifat wajib bagi Allah)

Tahap 2 : Hafazan al-Quran (Ulangan Surah pada Tahap 1 hingga Surah al-Buruj)
Fardhu Ain (Feqah - Bacaan dalam Solat, Azan dan Iqamah serta doa ;
Aqidah - Asas sifat wajib dan sifat harus bagi Allah)

Tahap 3 : Hafazan al-Quran (Ulangan Surah Tahap 2 hingga Surah an-Naba')
Fardhu Ain (Feqah - Pengurusan Jenazah ; Aqidah - Asas sifat wajib, harus dan
mustahil bagi Allah)

Tahap 4 : Hafazan al-Quran (Juzuk 'Amma dan surah tambahan - Surah Yaasin,
al-Mukminun, as-Sajdah dan al-Jum'ah)
Fardhu Ain (Feqah -Tayamum, Solat jama'/qosar dan Adab bermusafir ;
Aqidah - Asas sifat wajib bagi Rasul dan huraian)

Tahap 5 : Hafazan al-Quran (Surah an-Nas hingga ad-Dhuha serta Surah tambahan Tahap 4 dan tambahan Surah al-Mulk, al-Insaan dan al-Waaqi'ah)
Fardhu Ain (Feqah - Ibadah penyembelihan, Haji dan Umrah ; Aqidah - Asas sifat
mustahil dan harus bagi Rasul serta huraian)